Kucai (Allium tuberosum Rottler ex Spreng. dan A. ramosus) , atau bawang kucai serta daun kucai, dikenal sebagai sayuran daun. Nama kucai berasal dari Bahasa Hokkian, "Kú-chhài". Penggunaannya umum dalam masakan Tionghoa, seperti bubur ayam. Pada budaya boga Tiongkok dan Jepang, kucai merupakan bahan campuran isi Jiaozi (Gyoza).
Kucai berbeda dengan Lokio ("bawang batak", A. chinense), A. schoenoprasum L (chives), yang berdaun silinder (gilig) dan berongga. Aroma kucai lebih dekat ke bawang putih daripada lokio, sehingga dalam bahasa Inggris disebut garlic-chives dan dalam bahasa Jerman disebut Knoblauch-Schnittlauch.
Bunga kucai dapat digunakan pula sebagai rempah penyedap. Daunnya beraroma tajam dan pekat namun berbeda dengan aroma daun prei (A. porrum) maupun daun bawang (A. cepa, A. fistulosum, A. ascalonicum).
Kucai adalah herba yang paling popular dalam masakan Perancis dan Cina. Ðikenali juga dengan nama botaninya allium schoenoprasum, kucai berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan Asia Tenggara. Terdapat banyak varieti daripada barat dan timur. Walau bagaimanapun, kucai yang biasa terdapat di malaysia ialah dari jenis allium tuberosum atau lebih dikenali dengan nama kucai cina.
Kucai spesies tumbuhan berbau kuat yang mengandungi bebawang atau batang bawah tanah. Herba allium ini termasuklah bawang putih, bawang, daun bawang dan daun kucai. Pelbagai spesies allium telah ditanam semenjak zaman awal dan amat penting sebagai sayuran, perasa dan tumbuhan ubatan.Ðikenali juga dengan nama Chieves (Inggeris), kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang pada pangkalnya dan daun hijau panjang di bahagian atasnya. Bunga kucai berwarna ungu dari jenis allium schoenoprasum dan bunga kucai cina, varieti allium tuberosum pula berwarna putih.
Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur. Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk dimakan, bunganya perlu dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.Keseluruhan dauh kucai boleh digunakan dalam makanan. Kucai biasa atau kucai bawang mempunyai sedikit rasa bawang kerana kandungan sulfur yang terdapat di dalamnya. Kucai Cina atau kucai bawang putih lebih berasa seperti bawang putih.